Hermmm... Salah ke kalau kita berangan? Tak salah kan. Tapi... kalau berangan sampai tak buat kerja lain tu memang tak betul la kan. Aku ni plak asyik dok berangan je, nak itu, nak ini tapi boleh berangan je la, betul-betul dapat tu memang tak la lagi. Risau gak kalau asyik dok berangan je ni. Memang la banyak impian, harapan atau pun keinginan tapi hanya mampu untuk berangan sahaja tapi belum untuk memilikinya. Betul-betul nak dapat tu, tak nampak bayang la lagi. Tunggu je la ya.
Hurmm... macam angan-angan Mat Jenin. Kerja dia berangan je Mat Jenin ni. Nak suatu benda yang kecil dan lama-lama mengharapkan suatu yang lebih besar. Mat Jenin memasang angan-angan untuk menjual kelapa dan kemudian mahu berurus niaga agar dapat membeli ayam, kambing, lembu dan kemudian mahu memiliki puteri raja. Tapi apa pun tak ada. Faham tak apa aku cakap ni? Kalau tak faham buat-buat faham je la.
Itu la dia. Aku ni pun suka berangan. Memasang impian untuk memiliki sesuatu. Tapi tak dapat pun lagi. Tak salah berangan kan. Sekurang-kurangnya kita ada impian. Ambil la dari sudut yang positif. Mudah-mudahan angan-angan tu membantu kita untuk terus berusaha kerana tanpa angan-angan tanpa impian tak akan ada kejayaan. Betul ke?
Huhhh: Kadang-kadang kita kena la juga pasang angan-angan!