Khamis yang lepas aku dapat satu panggilan telefon untuk interview.. aku sebenarnya ada apply online beberapa hari yang lepas. Disebabkan seorang kawan yang sama status dengan aku di tempat kerja aku ini akan meninggalkan aku kerana mendapat tawaran kerja di tempat lain, maka langkah pertama yang aku putuskan adalah untuk mula apply apa-apa job yang sesuai secara online. Dan hasilnya itulah panggilan pertama yang aku dapat.
Interview ini datangnya dari agensi pekerjaan dan perundingcara. Dia meminta untuk aku datang interview pada hari Jumaat tapi tak dapatlah untuk aku penuhi sebab hari Jumaat kitorg akan ke Cameron Highlands kerana ada mesyuarat di sana. Seterusnya dia minta aku datang interview hari Sabtu, juga tak dapat aku penuhi sebab hari Sabtu kitorg baru balik dari Cameron tu. Maka aku telah meminta untuk diadakan sesi interview tersebut pada hari Isnin iaitu hari ini. Setelah perbincangan dibuat, interview akan berlangsung pada 27/02/2012 pada pukul 10.30 pagi bertemapt di PJ.
Pagi-pagi tadi lagi aku telah meminta izin dari 2nd bos untuk keluar pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari dalamn jangka masa 3 jam macam tu. Dan bos ku bertanya untuk urusan apa. Maka terpaksalah aku tipu mengatakan yang aku nak pergi bank dan pejabat pos. Maaf ya 2nd bos, terpaksa tipu sebab nak pergi interview kan kalau comform dapat tidak mengapalah untuk berterus terang tetapi disebabkan tidak pasti lagi maka terpaksa la aku bohong sunat.
Setelah pukul 9 menjelma maka aku bersiap sedia untuk keluar dari opis dan ada la beberapa hamba Allah yang perasan aku nak keluar, ditanya nya aku nak ke mana. Aku cuma cakap nak keluar dan dah diberitahu kepada 2nd bos. Terpaksa rahsiakan niat suci yang sebenar. Minta maaf ya kawan-kawan, teman-teman tak boleh bagi tahu lagi perkara ini.