Sambungan Disebalik Langkah Pertama.... Masuk opis di pagi hari aku terus buka email semalam dan tengok jawatan yang ditawarkan. Aku cuba search apa jawatan tersebut dan skop tugasnya. Pada mulanya aku fikir baik aku pergi sahaja walaupun aku macam tak berapa berminat sekurang-kurangnya ini adalah peluang untuk aku timba pengalaman diinterview. Aku google search map nak ke company tersebut dan ianya tidaklah jauh dari tempat yang aku pergi interview semalam, area situ juga. Aku fikirkan baik buruknya dan peluang untuk aku diterima dengan calon yang agak ramai serta jawatan yang ditawarkan bukan seperti yang aku pohon. Dan akhirnya aku balas email yang dihantar mengesahkan kehadiran ketidakhadiran dengan alasan I’m not feeling well. I’m so sorry. Aku tipu sunat lagi. Email yang aku hantar itu dibalas balik mengatakan dia akan arrangekan interview lain bila aku dah sihat nanti. Walaupun aku tak berminat aku tetap balas mengatakan aku akan maklumkan bila aku dah sihat nanti.
Beberapa hari selepas itu aku menerima 1 lagi call. Panggilan ini diterima pada hari Sabtu kebetulan aku berada di panggung dan wayang pun belum bermula lagi. Aku jawab call dan setelah berbincang beberapa ketika sesi interview ditetapkan pada hari Rabu bersamaan 07/03/2012 dan aku minta dia email detail maklumat yang perlu aku tahu, perlu lakukan dan perlu bawa pada sesi interview tersebut.
Untuk menghadiri interview kali ini aku tidak lagi berbohong kepada bos. Aku terpaksa berterus terang kerana sehari sebelumnya bos ajak aku ke Melaka kerana ada kerja luar di sana. Maka terpaksalah aku katakan aku tak dapat ikut kerana aku ada interview keesokakan harinya. Maka dengan itu aku telah berterus terang dan dapatlah aku menghadiri interview dengan tenang.
Pada hari Rabu yang dijanjikan iaitu pada pukul 9.30 pg aku menghadiri interview tersebut setelah mengambil cuti half day. Semasa tengah asyik mengisi borang yang memerlukan segala maklumat peribadiku, aku terima lagi satu panggilan interview. Nampaknya rezeki aku semakin murah setelah menghantar resume ke beberapa puluh agensi. Kali ini aku tak cakap banyak, aku hanya kata ok dan mintak emailkan detail. Ye la aku tengah neves nak interview ni.
Sesi interview berjalan lancar, interviewernya adalah seorang wanita melayu yang merupakan Head of Admin Department dan seorang lagi wanita dari HR Department yang bertanggungjawab menelefon aku untuk interview ini. Sesi interview dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri dan aku speaking serba sedikit mengenai diriku. Dia macam kagum, bukan sebab aku speaking ok (tak tau la kalau aku syok sendiri) tapi sebab soalan math yang dikepilkan bersama borang maklumat peribadi itu tadi aku berjaya jawab dengan kesemua 18 soalan dengan betul. Maka aku telah mengatakan I love Math. Menjual diri sekejap.
Kekagumannya tak habis di situ, dia juga bagi tips kalau aku tak berjaya interview kali ini, isilah kesemua ruang di borang maklumat peribadi yang diberikan dan jangan sesekali tinggalkan kosong (seperti yang telah aku lakukan) walaupun maklumat itu sebenarnya dah ada dalam resume. Aku juga telah isikan nama aku dan juga interviewer di borang penilaian yang sepatutnya diisi oleh interviewer. Dia memuji aku kerana telah membantu dia isi maklumat di situ. Katanya perkara macam ni banyak membantu.
Seterusnya, aku diminta untuk menerangkan apa tugas aku di tempat aku kerja sekarang dan kenapa aku nak berhenti. Dia juga mengatakan kerja di sektor swasta tak sama dengan kerja kerajaan. Setelah aku menerangkan dengan panjang lebar dia macam kesian dekat aku kerana katanya inilah yang dinamakan belum rezeki kerana kerja aku sebelum ni kan kontrak dan tak dapat apa-apa benefit walaupun aku dah kerja hampir 3 tahun.
Seterusnya dia menerangkan serba sedikit tentang skop kerja bahagian admin di syarikatnya dan apa yang aku perlu lakukan sekiranya aku diterima. Apa yang membuatkan aku bertambah bersemangat adalah dia telah menerangkan secara terperinci mengenai gaji serta elaun yang bakal diterima (siap tulis kat white board lagi). Sambil berkata gaji yang aku minta dia tak dapat bagi dan kalau dia berada di tempat aku dia akan sahut cabaran walaupun dengan gaji yang kurang dari apa yang aku minta. Kerana ada calon sebelum ini tak dapat terima gaji yang ditawarkan mungkin dia dari golongan berada katanya. Aku sebenarnya tak kesah sangat pasal gaji ni dan apa yang aku perlukan pada saat dan ketika ini adalah kerja tetap.
Dan yang membuatkan aku lagi bersemangat apabila dia mengatakan aku adalah antara calon yang berada dalam short list. Katanya apa yang kita paparkan pada resume akan membantu menarik perhatian interviewer (maksudnya resume aku tu menarik la kan). Setelah bercerita panjang lebar maka sesi interview ini berakhir dengan pertanyaan terakhir ku iaitu sekiranya aku diterima bilakah aku akan mula bekerja, ASAP katanya. Sepatutnya keputusan boleh tahu hari ni juga tapi disebabkan bos@GM berada di Jepun pada waktu dan ketika ini maka keputusan tak dapat diberikan lagi (company ini memasarkan product dari Jepun).
Nampaknya peluang untuk aku diterima macam cerah tapi aku tak mahu mengharap sangat sebab nanti kalau keputusannya -ve aku akan frust. Maka harapan yang aku berikan hanyalah 50-50 boleh? Walaupun keinginan itu adalah sangat tinggi. Balik ke opis aku terus buka email untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan call yang aku terima untuk sesi interview keesokan harinya pula pada pukul 10 pg. Tunggu punya tunggu sehinggalah pukul 6 ptg aku masih lagi belum terima email tersebut. Aku tawakal je la, balik umah dan mengharapkan sempat untuk buka email tersebut keesokan harinya pagi-pagi lagi di opis kerana kt umah aku tak ada line internet. Ini bermakna aku kena masuk opis dulu pagi esok.
Keesokan harinya awal-awal pagi lagi aku telah buka email dan email itu telah dihantar pada pukul 8 malam lebih. Dan yang membuatkan aku terperanjat adalah company dari Thailand tersebut berada di Kuantan, Pahang. Macam mana aku nak ke sana. Maka terpaksa la aku balas email mengatakan terdapat sedikit salah faham dan aku tak dapat hadiri interview tersebut kerana pada ketika dan saat ini aku berada di Selangor. Adalah mustahil untuk aku menjelma di Kuantan pada pukul 10 pg nanti. I’m so sorry.
Apa yang boleh aku lakukan buat masa ini adalah meneruskan hidup macam biasa. Menunggu dan mengharap jika ada tanda-tanda positif dari mana-mana company yang akan memanggil aku untuk interview lagi atau terus mendapat tawaran dari company yang aku telah selamat diinterview.