Pencipta langit dan bumi

Pencipta langit dan bumi
Ku abadikan diri ini buat Pencipta langit dan bumi...

Thursday, November 17, 2011

Berangan...

Hermmm... Salah ke kalau kita berangan? Tak salah kan. Tapi... kalau berangan sampai tak buat kerja lain tu memang tak betul la kan. Aku ni plak asyik dok berangan je, nak itu, nak ini tapi boleh berangan je la, betul-betul dapat tu memang tak la lagi. Risau gak kalau asyik dok berangan je ni. Memang la banyak impian, harapan atau pun keinginan tapi hanya mampu untuk berangan sahaja tapi belum untuk memilikinya. Betul-betul nak dapat tu, tak nampak bayang la lagi. Tunggu je la ya.

Hurmm... macam angan-angan Mat Jenin. Kerja dia berangan je Mat Jenin ni. Nak suatu benda yang kecil dan lama-lama mengharapkan suatu yang lebih besar.  Mat Jenin memasang angan-angan untuk menjual kelapa dan kemudian mahu berurus niaga agar dapat membeli ayam, kambing, lembu dan kemudian mahu memiliki puteri raja. Tapi apa pun tak ada. Faham tak apa aku cakap ni? Kalau tak faham buat-buat faham je la.

Itu la dia. Aku ni pun suka berangan. Memasang impian untuk memiliki sesuatu. Tapi tak dapat pun lagi. Tak salah berangan kan. Sekurang-kurangnya kita ada impian. Ambil la dari sudut yang positif. Mudah-mudahan angan-angan tu membantu kita untuk terus berusaha kerana tanpa angan-angan tanpa impian tak akan ada kejayaan. Betul ke?

Huhhh: Kadang-kadang kita kena la juga pasang angan-angan!

Wednesday, November 16, 2011

Mengeluh...

Hushhh.. Aku asyik mengeluh je. Salah ke mengeluh ni? Tak patutkan asyik dok mengeluh je. Macam tak bersyukur plak dengan pemberianNya. Astaghfirullahaladzim. Tapi... Aku bukannya sengaja. Ia terkeluar bila aku rasa macam... Ermm macam apa ye. Hahh macam ada something yang tak kena. Or bila apa yang kita nak or  apa yang kita hajati tak diperolehi.

Bukan semua yang kita nak akan kita perolehi kan... tapi kalau dah benda-benda yang sangat penting dalam hidup ini tidak juga diperolehi macam mana? Belum tiba masanya? Harus menunggu dan terus menunggu? Macam mana kalau sudah makan tahun kita menunggu dan ianya tetap tidak muncul?

Terus menunggu dan menunggu. Atau ada benda yang kita terlepas pandang atau memang salah kita sebab asyik menunggu je tak berusaha untuk mendapatkannya. Adakah ada kesalahan di situ? Bukannya tak berusaha, tapi mungkin kurang usaha kot. Adoi... Aku pun tak tahu nak cakap apa. Dah berusaha tapi tak ada rezeki lagi. Pening lor, boleh pitam macam ni..

Menanti sesuatu yang tak kunjung-kunjung tiba. Adakah aku perlu terus menanti atau perlu lakukan sesuatu? Oh tuhan berikan aku petunjuk, apa yang perlu aku lakukan agar ianya hadir dalam hidupku. Memenuhi keperluan hidupku sebagai seorang insan yang sememangnya sudah layak untuk memilikinya. Apa yang penting sangat ni hahhh?

Huhhh: Jangan asyik dok mengeluh je!

Tuesday, November 15, 2011

Menanti...

Menanti dan terus menanti. Hanya itu yang mampu aku katakan. Perlukah aku terus menanti? Atau aku perlu lakukan sesuatu, suatu perubahan agar aku tidak terus menanti. Tapi macam mana? Itu yang aku tidak tahu. Apa yang perlu aku lakukan. Sudah terlalu lama rasanya aku menunggu sesuatu yang belum kunjung tiba.

Apa la nasib aku ni, sampai sekarang pun aku belum mampu memperolehinya. Rasa nak menangis pun ada dengan nasib aku ni. Sampai bila aku perlu terus menunggu dan mengharap sesuatu yang tetap belum hadir. Sudah bertahun-tahun aku menanti dan di mana tempatku tidak dapat aku pastikan.

Adakah aku bersalah? Adakah aku tidak layak? Belum tibakah masanya? Atau aku belum cukup berusaha? Aku tidak tahu di mana silapnya. Suatu yang aku tunggu tidak juga muncul-muncul sehingga ke saat ini.

Ada orang pernah berkata. Tempat di mana kita berada sekarang ini adalah yang terbaik buat kita. Mungkin kita tidak sedar dan terus mengharapkan apa yang kita hajati. Mungkin apa yang kita ingini itu bukan yang terbaik buat kita dan apa yang kita perolehi inilah yang terbaik untuk masa sekarang.

Tapi, apa yang aku ingini itu sangat penting. Banyak benda yang aku inginkan boleh dilakukan apabila aku memilikinya. Jika aku terus berada di sini dengan keadaan sekarang ini, aku akan terus menyusahkan orang, aku akan terus bergantung dengan orang lain. Aku tidak boleh berdikari, tidak boleh bergerak sendiri dan tidak boleh memiliki kehidupan sendiri. Walaupun ini mungkin yang terbaik untuk ku buat masa sekarang ni, aku tetap mengharap ianya akan hadir suatu hari nanti dan tidak membiarkan aku untuk terus menanti.

Aku sangat mengharapkannya. Demi masa depanku. Demi keluargaku. Demi kehidupanku.
Aku memohon padaMu ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan yang benar. Jalan yang boleh membawa aku kepadanya. Jalan yang aku perlukan. Untuk memperolehi sesuatu yang aku hajatkan agar aku boleh memanfaatkannya. Amin...

Wednesday, October 19, 2011

Di mana, di mana...

Di mana aku akan berada
suatu masa nanti
masa yang aku nantikan
masa yang aku tunggu-tunggu

Sekarang sudah pertengahan bulan Oktober
masa terus berlalu
berlalu dengan begitu pantas
dan aku, masih di sini

Menunggu
mengharap
menanti
akan tiba waktunya nanti

Tapi bila?
di mana?
berapa lama lagi?
untuk aku terus menunggu

Tolong aku
bantu aku
berikan aku kekuatan
berikan aku kesabaran

Untuk terus menanti tibanya masa untuk aku ketahui di mana tempatku...

Tuesday, October 11, 2011

Lambat Layu-- Gabba Gabba

Lambat Layu-- Gabba Gabba

Lihatlah awan bergerak laju
Lihatlah matahari tenggelam timbul
Aaaaaa

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Pastikan semua bergerak laju
Janganlah tunggu-tunggu
Lambat layu

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak masa tak menunggu
Masa tak menunggu

Lambat layu...
 


* Tiba-tiba aku rasa suka dengan lagu ni. Walaupun liriknya cukup mudah tapi ianya sangat indah.
Peringatan buat kita semua agar tidak alpa dengan setiap detik yang mengejar tanpa kita sedari.   
Aku meminati lagu ini setelah menonton drama CITA&CINTA yang telah lama disiarkan di TV9.  
Dan aku baru saja menontonnya. Cerita yang cukup hebat tentang kisah cita & cinta walaupun endingnya meninggalkan seribu persoalan yang belum terjawab dan terpulang kepada penonton itu sendiri untuk mentafsirkan penamatnya yang sudah pasti happy ending.   
Aku sangat berharap drama ini mempunyai kesinambungan yang menjawab kepada semua persoalan tentang kehidupan insan-insan kota yang tersepit dengan dugaan dan cabaran untuk meneruskan kehidupan yang terbaik. 


p/s:
Masa tak akan menunggu kita

sebaliknya kita yang perlu mengejar masa 

Tanpa kita sedari
setiap detik masa terus berlalu
terus meninggalkan kita 

Amatlah rugi bagi insan yang membiarkan masa berlalu
tanpa mengisinya dengan sebaik mungkin
 

Tapi ramai yang tidak sedar
masa terus berjalan
dan tidak pernah berhenti/menunggu walaupun sesaat

Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun
datang dan berlalu silih berganti

Setiap detik yang berjalan
amatlah berharga


Dalam sesaat pelbagai kejadian boleh berlaku
Bermacam-macam perkara boleh terjadi

Monday, October 3, 2011

4 perkara...

Salam...
4 perkara yang amat aku perlukan buat masa sekarang/dalam masa yang terdekat ni..

1- Pekerjaan Tetap
     Sudah banyak kali aku sebut, aku masih menunggu dan mengharap pekerjaan yang lebih baik.
     Aku tidak pasti sampai bila aku harus menanti.

2- Kereta
     Sudah masuk 2 tahun aku bekerja dan aku masih belum mampu untuk beli sebuah kereta.
     Malu dan segan rasanya bila orang bertanya bila mahu beli kereta?
     Bukan aku tak mahu tapi dengan kerja sekarang aku rasa tak mampu lagi untuk beli kereta.
     Bila agaknya aku akan memiliki kereta sendiri dan tak perlu menumpang orang lagi.

3- Rumah/Tempat Tinggal
     Dalam hal ini mungkin salah aku, aku masih lagi tinggal/menumpang di rumah mak cik aku.
     Walaupun pada mulanya hanya ingin menumpang untuk beberapa bulan tapi sekarang bukan lagi bebulan-bulan tapi dah setahun lebih.
     Aku tak tahu ke mana aku akan tinggal kalau bukan rumah mak cik aku tu.
     Aku tetap mengharap suatu masa nanti dalam masa yang terdekat, aku akan keluar dari situ.
     Aku tak mahu jadi penyibuk/pengacau kat rumah tu.
     Aku perlukan tempat tinggal aku sendiri.

4- Kahwin
     Tahun ni umur aku dah 25 tahun.
     Sudah tiba masanya untuk aku mendirikan rumah tangga.
     Tapi dengan kerja sekarang yang tak seberapa ni, macam mana aku nak kahwin.
     Risau rasanya. Sampai bila aku akan macam ni.
     Mengharapkan kehadiran Isteri di saat memerlukan seseorang teman.
     Tapi aweks pun tak ada, ape cter.

Aku insan yang kerdil ini senantiasa mengharapkan keperluan asas yang penting dalam sesebuah kehidupan dapat aku miliki, dapat aku kecapi dan dapat aku menikmati hidup ini seperti insan yang lain.
Insan yang lebih bertuah/ bernasib baik dari aku...
  

Thursday, September 15, 2011

Takut...

Aku rasa sangat takut
setelah sekian lama, aku belum berada di tempat yg sesuai..
tempat yang diingini
yang diharapkan

Ingin sekali aku berada di suatu tempat yang lebih selesa
tapi aku tetap lagi berada di sini

Sampai bila aku akan terperangkap di sini
Terus menunggu
terus mengharap sesuatu keajaiban
apa yang harus aku lakukan

Aku tak tau..
ke mana aku harus pergi
ke mana aku harus tuju
dalam mencari erti kehidupan yang sebenar...

Tuesday, July 12, 2011

Aku masih si sini...

12 Julai 2011

Aku masih lagi di sini
sudah terlalu lama rasanya aku di sini
aku mengharapkan suatu hari nanti aku akan keluar dari sini
tapi ke mana? ke mana harus aku tuju?

Adakah aku tidak bersyukur kerana asyik merungut?
aku perlukan perubahan dan perubahan itu memerlukan aku keluar dari sini
Adakah itu, perubahan yang aku inginkan?
bantu aku Ya Allah...

Ntah mengapa aku rasa dipergunakan
tidak ada sebarang kepentingan untukku terus berada di sini
dikerah berhabis-habisan
dipergunakan sewenang-wenangnya.

Aku sentiasa berada dalam dilema
aku perlukan sesuatu yang baru
sesuatu yang stabil
sesuatu yang boleh menjamin masa depanku...

Kenapa aku masih di sini?
Tidak tahu hendak ke mana?
Tidak berusaha untuk keluar?
Kenapa aku masih terperangkap di sini?

Aku perlukan kehidupan yang baru
yang lebih menjamin masa depan
perlukan aku terus di sini?
mengharapkan keajaiban berlaku...

Aku masih sayangkan kerja di sini?
Aku tidak tahu hendak ke mana?
Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan?
Apa tindakan yang sepatutnya dilakukan...

Bantu aku mencari jalan kejayaan
tolong aku keluar dari permasalahan ini
tunjukan aku cara yang betul
perlukah aku terus di sini...

Mengharapkan keindahan berlaku
menunggu perubahan datang
bantu aku, tolong aku, tunjukkan aku, berikan aku
petunjuk agar aku tahu apa yang perlu aku lakukan...

Sunday, July 10, 2011

Lepak McD lg...

10 Julai 2011

Aku lepak kt McD lg..
buat kali ke2 aku lepak kt McD, yg pertama minggu lepas.
Ok gak, lepak-lepak kt cnie, smbil mkn McD la tentunya.
Bleh la gak online kan, kalau dok umah, tdo je la kejenyer....

Niat di hati nk study, tp dh dok ngadap lapop, online lak, xde maknenyer nk study kan..
Minggu depan, ermm xsmpai seminggu lg kot, aku ada exam..
16 Julai 2011. Exam yg sekian lama aku dok tunggu.
Yg mungkin akan muncul hanya stahun 1 kali..

Masalahnya aku tak study lagi ni.
Macam mana nak exam kan kalau study pun belum.
Dah la lama gila nak tunggu exam ni.
So, sangat rugi kalau dibiarkan begitu sahaja.

Aku ni boleh buat rilex je, bermalas-malasan lak tue.
Macam mana ni, macam mana nak rajin ye?
Sejak zaman belajar kat U lagi, aku nie malas study.
tu yang result tak brape nak gempak.. Huhu

Kata nak merubah kehidupan,
Nak dapat kehidupan yang lebih baik.
Ini la peluangnya.
Apa yang penting, penuhkan ilmu di dada dan jawab exam sebaiknya.

Inilah salah satunya peluang untuk aku merubah kehidupanku,
mendapat pekerjaan yang lebih baik.
seperti teman-temanku.
Satu persoalan timbul, layakkah aku?

Sudah 2 kali aku menempuh exam yang sama.
Dan kedua-duanya, aku gagal.
Ku harapkan kali ini tidak seperti sebelumnya.
Aku perlukan kehidupan yang lebih baik.

Aku pernah terfikir, jika aku berjaya,
mampukah aku untuk bekerja sebagai ^^^ sebaik-baiknya.
Aku terfikir, aku tak lulus selama ini, adakah kerana, ini bukan tempat aku?
^^^ bukan pekerjaan yang ditakdirkan untukku?

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, apa yang sesuai untk kita.
Apa yang mampu kita kerjakan.
Setiap pemberian atau ujiannya itu adalah apa yang kita mampu tempuhinya.
Apa yang mampu kita hadapi..

Dia tidak akan uji atau tempatkan kita di suatu situasi yang tak mampu kita hadapi.
Setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan kita.
Adakah aku layak untuk menggalas pekerjaan ini.
Aku mengharap yang yang terbaik dariNya.

Untuk masa depanku dan keluargaku.
Untuk mengubah perjalanan hidupku.
Untuk memacu nasibku ke arah yang lebih baik.
Untuk mencari sinar harapan dan kebahagian...

Ya Allah bantu aku menuju ke jalan kebenaran.
Bantu aku menuju ke jalan kejayaan,
Bantu aku menuju ke jalan kebaikan.
Bantu aku menuju ke jalan kebahagiaan...

Amin..
Ku mengharap pertolongan dan rahmatmu..
Ya Allah..........................

Sunday, July 3, 2011

3 Julai 2011

Hari nie buat pertama kalinya aku lepak kt McD dalam jangka masa yang lama..
hahaha.. nk online punya pasal..
kt umah xde tenet, broadband xok sngt kt area rumah..
boleh la search ape2 yg patut kan, leh bukak Fb skali...

lgpn bosan lar asyik dok umah je..
semalam pn seharian dh dok kt umah..
huhuhu.. klu dok kt umah pn, tdo je la keje nye...
lepak2 kt cnie, xde la tdo kan.. ok gak tue..

sebenarnya tengah runsing nie...
dh hmpir 2 thn, abeh bln nie msk 2 thn la, aku dok keje kontrak je..
bila la nk dpt keje yg ok skit nie..
lama sngt dh rasanya..

dok lama2 kt ctue pn, xde ape2 benefit...
gaji tue dpt la bln2, tp xbyk sngt.. cukup2 mkn je..
teringin gak dpt yg lg ok, mcm member2 seangkatan..
xde rezeki, tue la ayat penyedap hati yang boleh pakai..
belum ada rezeki......

Dh hmpir 2 thn nie keje, mcm dipergunakan pn ada..
dorg ingat kita time diperlukan je..
suruh itu, suruh ini..
kna pergi ctue, kna pergi cnie...
tp xde kepentingan langsung tuk diri sendiri...

byk keje yg disuruh buat, siapkan..
smpai ada yg tinggalkan minit atas meja je, nk sruh g meeting..
xde lak nk ckp depan2, time xde kt meja tue la dia tinggalkan..
dibuatnya kite xprasan, xnmpak, xpergi meeting tue bru tau...
siap minitkan, hadir meeting n lapor..
huhuuuhu, ko yg xnk g.....

cmne nie..
ape nk jd lar..
nk keje kt mana nie....
Ya Allah.. bantu aku, aku perlukan panduanMu dalam miniti hari-hari yang mendatang....
Ku mngharapkan petunjukMu...

Wednesday, May 25, 2011

Dah lama x update...

Dah lama aku tinggalkan blog nie...
dah bersarang rasanya..
masa mula-mula bukak dulu aku ingat nk update sume kejadian yg belaku dlm kehidupanku..
tapi apakan daya, aku tak mampu rupanya...
macam bz sangat je bunyinya ye...
ntah la, kadang-kadang tak berkesempatan, kadang-kadang terlupa...
macam mana ye, kalau boleh memang aku nak kongsikan semua peristiwa yang aku hadapi setiap hari di sini..
tapi tu la, tak menjadi rupanya..
bermacam halangan ada..
aku cuba tabahkan diri dan cuba yang terbaik untuk teruskan misi aku nie..
bantulah aku Ya Allah, hamba Mu yang lemah ini...
agar memperolehi kemampuan untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...

Monday, January 3, 2011

Tahun Baharu...

Hari ini 03/01/2011.. Hari pertama bekerja & hari pertama persekolahan untuk Tahun 2011..
Mulakan hari ini dengan azam dan tekad yang baru untuk menghadapi cabaran 2011..
Sesungguhnya perjalanan hidup ini masih jauh..
Bermacam onak dan duri yang harus ditempuhi..
Dalam mengharungi kehidupan yang penuh liku..

Diri ini kadang-kadang amat terasa, dikala melihat teman-teman seperjuangan sudah selesa dengan pekerjaan dan kehidupan masing-masing. Dan aku, masih lagi terus menunggu dan mengharap munculnya sinar cahaya dan harapan yang akan menerangi kehidupanku. Aku masih lagi di sini, masih menanti sebuah kehidupan yang lebih sempurna. Moga tahun 2011 ini akan lahir sebuah kehidupan baru yang lebih baik buat diriku.

Aku berdoa dan mengharap agar Kau memberi rezeki yang lebih baik buatku pada tahun ini. Aku bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan padaku tapi melihat kepada kehidupan teman-teman yang semakin kukuh dan stabil, aku pun menginginkannya kerana itulah yang aku perlukan.

Moga Kau makbulkan doaku ya Allah..
Amin...