Pencipta langit dan bumi

Pencipta langit dan bumi
Ku abadikan diri ini buat Pencipta langit dan bumi...

Sunday, July 10, 2011

Lepak McD lg...

10 Julai 2011

Aku lepak kt McD lg..
buat kali ke2 aku lepak kt McD, yg pertama minggu lepas.
Ok gak, lepak-lepak kt cnie, smbil mkn McD la tentunya.
Bleh la gak online kan, kalau dok umah, tdo je la kejenyer....

Niat di hati nk study, tp dh dok ngadap lapop, online lak, xde maknenyer nk study kan..
Minggu depan, ermm xsmpai seminggu lg kot, aku ada exam..
16 Julai 2011. Exam yg sekian lama aku dok tunggu.
Yg mungkin akan muncul hanya stahun 1 kali..

Masalahnya aku tak study lagi ni.
Macam mana nak exam kan kalau study pun belum.
Dah la lama gila nak tunggu exam ni.
So, sangat rugi kalau dibiarkan begitu sahaja.

Aku ni boleh buat rilex je, bermalas-malasan lak tue.
Macam mana ni, macam mana nak rajin ye?
Sejak zaman belajar kat U lagi, aku nie malas study.
tu yang result tak brape nak gempak.. Huhu

Kata nak merubah kehidupan,
Nak dapat kehidupan yang lebih baik.
Ini la peluangnya.
Apa yang penting, penuhkan ilmu di dada dan jawab exam sebaiknya.

Inilah salah satunya peluang untuk aku merubah kehidupanku,
mendapat pekerjaan yang lebih baik.
seperti teman-temanku.
Satu persoalan timbul, layakkah aku?

Sudah 2 kali aku menempuh exam yang sama.
Dan kedua-duanya, aku gagal.
Ku harapkan kali ini tidak seperti sebelumnya.
Aku perlukan kehidupan yang lebih baik.

Aku pernah terfikir, jika aku berjaya,
mampukah aku untuk bekerja sebagai ^^^ sebaik-baiknya.
Aku terfikir, aku tak lulus selama ini, adakah kerana, ini bukan tempat aku?
^^^ bukan pekerjaan yang ditakdirkan untukku?

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui, apa yang sesuai untk kita.
Apa yang mampu kita kerjakan.
Setiap pemberian atau ujiannya itu adalah apa yang kita mampu tempuhinya.
Apa yang mampu kita hadapi..

Dia tidak akan uji atau tempatkan kita di suatu situasi yang tak mampu kita hadapi.
Setiap ujian yang diberikan adalah berdasarkan kemampuan kita.
Adakah aku layak untuk menggalas pekerjaan ini.
Aku mengharap yang yang terbaik dariNya.

Untuk masa depanku dan keluargaku.
Untuk mengubah perjalanan hidupku.
Untuk memacu nasibku ke arah yang lebih baik.
Untuk mencari sinar harapan dan kebahagian...

Ya Allah bantu aku menuju ke jalan kebenaran.
Bantu aku menuju ke jalan kejayaan,
Bantu aku menuju ke jalan kebaikan.
Bantu aku menuju ke jalan kebahagiaan...

Amin..
Ku mengharap pertolongan dan rahmatmu..
Ya Allah..........................

No comments:

Post a Comment