Pencipta langit dan bumi

Pencipta langit dan bumi
Ku abadikan diri ini buat Pencipta langit dan bumi...

Monday, October 3, 2011

4 perkara...

Salam...
4 perkara yang amat aku perlukan buat masa sekarang/dalam masa yang terdekat ni..

1- Pekerjaan Tetap
     Sudah banyak kali aku sebut, aku masih menunggu dan mengharap pekerjaan yang lebih baik.
     Aku tidak pasti sampai bila aku harus menanti.

2- Kereta
     Sudah masuk 2 tahun aku bekerja dan aku masih belum mampu untuk beli sebuah kereta.
     Malu dan segan rasanya bila orang bertanya bila mahu beli kereta?
     Bukan aku tak mahu tapi dengan kerja sekarang aku rasa tak mampu lagi untuk beli kereta.
     Bila agaknya aku akan memiliki kereta sendiri dan tak perlu menumpang orang lagi.

3- Rumah/Tempat Tinggal
     Dalam hal ini mungkin salah aku, aku masih lagi tinggal/menumpang di rumah mak cik aku.
     Walaupun pada mulanya hanya ingin menumpang untuk beberapa bulan tapi sekarang bukan lagi bebulan-bulan tapi dah setahun lebih.
     Aku tak tahu ke mana aku akan tinggal kalau bukan rumah mak cik aku tu.
     Aku tetap mengharap suatu masa nanti dalam masa yang terdekat, aku akan keluar dari situ.
     Aku tak mahu jadi penyibuk/pengacau kat rumah tu.
     Aku perlukan tempat tinggal aku sendiri.

4- Kahwin
     Tahun ni umur aku dah 25 tahun.
     Sudah tiba masanya untuk aku mendirikan rumah tangga.
     Tapi dengan kerja sekarang yang tak seberapa ni, macam mana aku nak kahwin.
     Risau rasanya. Sampai bila aku akan macam ni.
     Mengharapkan kehadiran Isteri di saat memerlukan seseorang teman.
     Tapi aweks pun tak ada, ape cter.

Aku insan yang kerdil ini senantiasa mengharapkan keperluan asas yang penting dalam sesebuah kehidupan dapat aku miliki, dapat aku kecapi dan dapat aku menikmati hidup ini seperti insan yang lain.
Insan yang lebih bertuah/ bernasib baik dari aku...
  

No comments:

Post a Comment