Pencipta langit dan bumi

Pencipta langit dan bumi
Ku abadikan diri ini buat Pencipta langit dan bumi...

Thursday, December 30, 2010

Akhir Tahun...

Ermm..
Tinggal lagi 1 hari iaitu esok sebelum kita semua akan menjengah ke tahun baru : Tahun 2011.
Dan esok, Jumaat (31/12/2010) adalah hari terakhir kita berada di Tahun 2010.
Adakah semua azam, impian, perancangan dan cita-cita kita untuk Tahun 2010 telah tercapai dan terlaksana.
Sesunggunya banyak perkara yang kita inginkan belum dapat dicapai.
Kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan segalanya. Semuanya atas kehendakNya.
Dan tak semua yang kita hajati akan kita perolehi.
Semestinya kita kena terus berusaha untuk tahun hadapan agar segala keinginan, impian dan cita-cata dapat dicapai. Apa yang penting USAHA. kerana tanpa usaha semuanya akan tinggal angan-angan yang sememangnya tidak akan dapat diperolehi...

1 comment: